Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Seorang Putera Saudi menggesa pihak tertentu untuk melancarkan rampasan kuasa ke atas pemerintahan pakciknyadan dalam masa yang sama menghalang struktur kuasa baharu yang dipimpin oleh oleh anak Raja Salman, Mahkota Putera Mohammed bin Salman daripada melakukan mendatangkan lebih banyak kerosakan kepada kerajaan Arab itu.
Putera Khaled bin Farhan yang sebelum ini telah diberikan status pencari suaka di Jerman, membuat gesaan itu kepada Putera Ahmed bin Abdulaziz dan Putera Muqrin bin Abdulaziz di dalam komennya kepada portal berita Timur Tengah, The Middle East Eye yang diterbitkan pada hari Isnin.
Beliau meminta kedua-dua putera tersebut untuk menggunakan pengaruh mereka ke atas keluarga diraja yang lain serta pihak tentera untuk merealisasikan rampasan kuasa istana.
Perubahan seperti itu, kata Farhan adalah penting untuk menyelamatkan kerajaan monarki itu daripada cengkaman Raja Salman yang beliau sifatkan sebagai "tidak rasional, tidak menentu, dan bodoh".
Raja Saudi, Salman sebelum ini melantik anaknya, bin Salman sebagai Putera Mahkota negara itu -sebuah langkah mengejutkan yang menyaksikan raja memecat Putera Mahkota, Muhammed bin Nayef, yang telah menggantikan Muqrin pada tahun 2015-.
22 Mei 2018 - 18:41
News ID: 894553
Seorang Putera Saudi menggesa pihak tertentu untuk melancarkan rampasan kuasa ke atas pemerintahan pakciknyadan dalam masa yang sama menghalang struktur kuasa baharu yang dipimpin oleh oleh anak Raja Salman, Mahkota Putera Mohammed bin Salman daripada melakukan mendatangkan lebih banyak kerosakan kepada kerajaan Arab itu.